Tuan Blog
Contact Me
credits
|
12:10 | 0 Cloud(s)
My Life As a Convent Girl
Assalamualaikum
So, harini hari Selasa bersamaan dengan 2 Disember 2014.. AKU PUNYA SPM DAH HABIS!! hahaha. ok saja tukar colour font bagi nampak macam menarik sikit. hmm. Hatta dengan ini juga berakhirlah title beta sebagai "budak sekolah", no more baju putih + tudung putih + kain biru muda + name tag hijau&putih + beg biru&keychain spongebob. haha I'm pretty sure that I'll miss all those things :') yelah, kalau nak dibandingkan kena kerja dengan sekolah, mestilah aku akan pilih sekolah lagi. lol. why? hmm entah, aku tak fikir pun. hihi. Tajuk entry ini membincangkan "hidup seorang Ifaa yang (pernah) menuntut di SMK Convent Butterworth selama 5tahun". so sesiapa saja yang pernah menjadi selah seorang student Convent Girl School, tak kisah lah dia tu students Convent mana pun, mesti akan rasa apa yang aku rasa ni. Well, Bukan mudah untuk menjalani hidup sebagai seorang Convent girl. Jika di zaman nenek moyang kita dulu, mungkin ada yang akan memandang tinggi kepada kita hanya kerana kita adalah students dari Sekolah Inggeris. Tapi, zaman sekarang ada lagi ke? Zaman sekarang ni selalunya akan dilabel sebagai sekolah 'lesbian', budak acah bagus, acah pandai speaking, acah pandai sukan padahal diri tu puteri lilin, gedik tak tentu hala, jadi cempera bila jumpa lelaki macam tak pernah jumpa lelaki 1juta tahun, ada yang suka jadi racist then kutuk kita sebab kita suka kawan dengan Indian & Chinese instead of Malay padahal dia tak tahu dekat convent ni student melayu ni kira minoriti jaa and the most important thing is, sekolah nampak macam gereja (kalau convent tu still pakai bangunan lama & original) and they started to ask "sekolah hang ada patung patung macam kat gereja tu tak? salib ada tak?" my answer, Yes! patung tu ada cuma salib dah buang. So, kemungkinan besar kebanyakan students convent memang pernah kena label or kutuk macam ni isn't? :p Sebagai permulaan cerita yang tak berapa nak menarik ni, sebaik sahaja aku menamatkan pendidikan sekolah rendah, dan berbekalkan keputusan UPSR aku yang tak berapa nak cemerlang, well, hanya 3A2B, aku cuba untuk memohon untuk memasuki sekolah yang mempunyai asrama sebab Aku memulakan pengajianku di Tingkatan 1Setia, kelas number 2. Pada hari pertama persekolahan tersebut, aku juga mendapati bahawa sekolah ni banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Ini agak mengecewakan diriku kerana aku tak begitu fasih untuk berbahasa inggeris. hal ini juga menjadikan self esteem aku jatuh tergolek gedebuk ditimpa tangga. beberapa bulan kemudian, aku diturunkan ke kelas 1Muhibah, kelas number 3 dari 8 kelas atas sebab... entah aku pun taktau kenapa. haha. di kelas inilah aku belajar sampai habis tingkatan 1. Oh yaa, time ni jugak aku kenal dengan Fatin Diyanah, Azzah, Safarin, Syafiqah Md Khali, Annis, Ummi, Liyana, Ee Teng, and the others. pada ketika ini, perangai aku masih agak baik, maybe sebab effect jadi pengawas sekolah time darjah 6 dulu masih menebal di dalam diri, tapi time ni jugak aku dah start jadi pemalas yang agak dasyat!
*ok jap! aku taktau kenapa dari tadi ayat aku baku sangat, bak sang pujangga*
Bila dah masuk form2, aku duduk dalam 2Muhibah, perangai pemalas aku semakin menjadi jadi. and start waktu ni jugak lah aku dah jadi agak nakal Next! Time form3 which is 3Muhibah. ni zaman kegelapan, zaman jahiliyyah, zaman kesesatan gua yang paling rare kot. hahaha aku taktau kenapa tapi zaman ni paling banyak aku buat perangai. disebabkan jadual tidur aku tu dah berubah kerana aku dah ditukarkan ke sesi pagi, maka kelas aku tu bagaikan bilik tidur, tempat dah meja aku yang bawah kipas tu ibarat berada di tempat yang mempunyai pendingin hawa (air-cond). inilah syurga bagikuuu~ ahahah. tapi time ni dah jarang ponteng kelas, tapi aku memang tak pernah miss ponteng kokurikulum. why? sebab koko sekolah aku buat hari sabtu, and hari sabtu tu selalunya hari aku dah date dengan buah hati (ex) aku tuu :3 zaman ni jugak, aku rajin seludup phone or ipod (eyka punya) time belajar. why? sebab aku nak dengar lagu. dengar cikgu mengajar tersangatlah bosan. hahaha. then, kekadang tu lepas balik sekolah pergi lepak sana lepak sini lepak situ. aku pun taktau kenapa aku buat benda macam tu but seriously it is FUN :D walaupun masih berada di zaman jahiliyyah, namun aku masih menanam cita-cita nak jadi a doctor. yes. tapi apakan daya, waktu tu aku terlalu khayal dengan kehidupan sementara yang tak menjanjikan kebahagiaan selamanya tu maka jadilah 1A6B1D sebagai hasil kesesatan sendiri. agak kecewa kat diri sendiri sebab atur B punya banyak, waktu tu baru nak cakap "kalau lah aku study hard sikit. mesti boleh 7A dah" hahahahhahahaha. pemikiran aku waktu tu dah macam Pak Pandir yang hanya suka berangan tapi taknak berusaha merealisasikan impian sendiri. lol. Tingkatan4~ disebabkan result aku yang tak cemerlang tu maka aku dicampak terperosok di kelas 4Cekal. kelas yang ke-6 dari 9 kelas. nampak tak bertapa Now 2014, Final year! Senior year! zaman ni sudah masuk zaman pencerahan di mana nilai-nilai agama, nilai-nilai murni, kesedaran rohani dan sahsiah sudah mula masuk ke dalam diri ini dan membawa saya untuk menjadi seorang pelajar yang Akhirul Kalam, maka berakhirnya ceritera aku sebagai student convent yang tak berapa nak cermerlang sahsiahnya jika nak dibandingkan dengan kemegahan nama sekolah. So, kalau ada adik-adik yang lebih muda or my juniors yang baca benda alah ni, dengarlah kakakmu (what, kakak?) ni nak pesan.. kalau ada ambition yang memerlukan kita study hard, abaikanlah syaitan yang sentiasa bisik suruh buat jahat tu sebab kita taktau apa yang akan jadi kat kita time masa depan. So, Kita hendaklah mencegah benda yang tak diingini dari terjadi sebab sebelum nasi menjadi bubur, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kita juga janganlah menjadi seperti sudah terhantuk baru nak terngadah dan seperti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran kerana sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tidak berguna :D terima kasih.
p/s : entry kali ni adalah entry yang paling panjang yang aku pernah type, rasanya lebih panjang dari karangan yang aku selalu tulis dekat cikgu anirah. hahahaha. and yang paling menampakkan yang aku dah matang kalau nak dibandingkan dengan entry merapu yang lain. hahahaha
|