![]() |
|
Tuan Blog
Contact Me
credits
|
![]() 05:24 | 0 Cloud(s)
Assalamualaikum :)
okay this is my second entry in this blog
so...
I want to write about the holiday camp that I went last year :)
"Kem Bina Sahsiah 2012"
ok
kem ni diadakan selama 3 minggu, bersamaan dengan 21 hari
hahahahahah
apak ah gila lama kan?
ini adalah salah satu sebab kenapa aku taknak pergi kem ni
hahaha
actually aku ada banyak sebab
nak kena senaraikan tak? :p
1. kem ni lama sangat
2. aku tak sanggup nak tinggal Bf aku haaa *skrg dah jadi ex*
3. dah janji dengan my geng nak pegi tengok Twillight
4. nama kem ni nampak mcm nak bagi aku mati dekat sana. hahaha tengok dari list pakaian yang nak kena bawak and pakai dekat sana pun dah tau yang aku akan kena buli teruk punya dekat sana
5. banyak agenda yang nak buat time cuti tu. cuti 2bulan kot
6. sepupu aku kahwin hari yang sama aku nak pergi kem tu
7. kem ni buat dekat sekolah agama and sekolah tu dekat kedah
8. aku ada google pasal kem ni tapi takda apa2 feedback yang boleh meyakinkan aku yang kem ni best.
haa semua ada 8 sebab.
sebab kedua tuu memang buat aku menangis tiap2 malam sepanjang dekat KBS
hahaha
dah lah phone pun kena rampas :'(
hmm
ok sekarang kita start dengan story minggu pertama :D
*pandang atas macam dalam drama*
Minggu Pertama
hari pendaftaran :)
tarikh : 18.11.2012 - 08.12.2012
tempat : SMKA Az-Zubaidiyah, Merbok, Kedah
masa : 8pagi
okay ni nak cerita sebelum aku sampai sekolah ni
aku menangis punya teruk ah dekat my parents
sebab taknak pergi kem ni punya pasal
hahaha
sebab apa?
ehh, kan dah tulis dekat atas tadi :)
then pagi tu my Bf send text
bila aku baca lagi laa rasa sedih
dia pesan..
"dekat kem nanti jangan duk tengok lelaki lain, kalau aku dapat tau nanti aku korek mata"
hahahahahah
ok ayat ni mmg lawak -,-
so
dengan berat hati
aku pun bersiap..
aku pakai baju kurung warna PINK sebagai tanda protes
hahaha
sebab aku tak suka warna pink
ok
then bila dah sampai dekat sekolah ni
apa yang aku pikir
"fuhh ramai gila orang"
"berapa ramai peserta kem ni?"
"asal sekolah ni kawasan kampung?"
"Ya Allah, kem apa yang parents aku suruh join ni?"
"kenapa kakak2 dekat kem ni pakai tudung labuh?"
"lelaki dekat sini pun kena pakai songkok?"
ni pemandangan bila duduk dekat tepi surau, bahagian belakang sekolah ni
dari tingkap dorm pun boleh nampak
cantik kan? :)
ada sawah padi, ada gunung
rasa tenang ja kalau tengok, and petang2 mesti berangin :D
hahahah
banyak persoalan yang timbul di kepala ku tatkala menjejakkan kaki *I mean roda kereta* dekat sekolah niok then dengan berat hati aku keluar dari kereta dengan mata mengantuk *sebab aku tidur sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Merbok* then pergi daftar nama, my parents kena naik atas. aku taktau untuk apa. while me kena duduk dalam dewan dengan peserta lain yang dah sampai sementara tu diorang pasang satu movie indon ni I don't know what movie tapi movie ni serious best! tapi tak sempat tengok sampai habis haha then bila dah ramai orang, aku tengok kebanyakkan peserta dekat sini pun pakai tudung labuh hmmm aku pakai tudung bawal je kot :O then kena panggil untuk tangkap gambar bila pergi je dekat akak yang tangkap gambar tu dia senyum and kata.. "hai dik, nama apa ni?" homaigodddd~ comelnya kakak ni. hahahahahahahahahahaha :D ok then masuk dewan balik bila ada sesi untuk fasilitator kenalkan diri haaaa gua dah attack sorang kakak ni hahahaha comel gila diaa dia pakai shawl tak macam kakak2 yang lain, pakai tudung labuh then dah dapat kumpulan masing2, aku dapat kumpulan 8 haaaaaaa~ tetiba ada suara cakap "kumpulan 8 ikut acik balqis" aik aik acik balqis tu bukan kakak yang pakai shawl tu keeeee? :D hahahaha ok sudah lah dengan cerita pasal fasi ni then sesi berkenalan antara kumpulan semua ahli kumpulan ada 10orang, termasuk fasi jadi 11orang so, they are my sistahh :) akak fasi : Balqis Samsudin 1. syakiroh 2. nornadiah zahir 3. nur hakimah 4. nuratikah zainal 5. anis syuhada 6. huda farzana dzukri 7. shima 8. farah ain rosli 9. nuru syifa' 10.me :) then kami kena isi borang apa ntah. agak pelik lah sebab borang tu tak payah tulis nama haha aku siap isi borang tu awal *sebenarnya tinggal banyak soalan blank sebab taktau jawab* soalan dalam borang tu macam soalan PAFA untuk agama islam hahaha aku dah laa lemah gila bab2 ni -,- then bila dah siap awal tu aku try la usha peserta lain ada jugak yang dah siap dah mcm aku yang paling bestnya, 75% dari semua airmuka peserta mujahidah ni memang ketat habis! hahahahahahahahahhaahhahaha ni mesti kes kena paksa macam aku :p then dapat tau pulak yang phone and segala gadget yang dibawa akan dirampas Wadehelllll~ 3 MINGGU TANPA PHONE? I'M GONNA DIE!!! kak qis bagi masa 5minit nak bagi tau family or sesapa ja pasal gadget kena rampas tu tau apa aku buat? aku text Bf aku saja bagitau pasal ni hahahaha then aku buh phone aku tu dalam beg plastik yang kak qis bagi k teruk kan? -,- then bila dah balik dorm, mak aihhhh almari pun takdak -,- haissssssss ok then dah pilih katil masing2 done :) hmm first day ni takdak apa sangat lah yang menarik kawan2 pun takda lagi semua duk buat muka ketat lagi haha well baru hari pertama right? there's 20 days more to go T.T haaa sekarang ni nak cerita macam mana aku boleh rapat dengan my sistahh benda ni start melalui Farah Ain. She's a Johorian :) orang Muar kot kalau tak silap aku. dia ni muda setahun daripada aku. and dia sangat sangat sangat peramah :) then bila kami duk sembang2 dua orang mai Atikah dengan Hakimah pulak join sekaki. Hakimah ni boleh tahan jugak ah bising dia, while Atikah ni kuat gelak haaa then datang pulak lagi sorang ahli ni, nama dia Huda. aku rasa dalam kumpulan kami memang dia lah yang palling sopan and lemah lembut Huda ni antara orang yang paling rapat dengan aku selain Farah Ain and Atikah Huda ni orang Sungai Petani ja, baru ja pindah, dulu dia orang KL so bila dia cakap dengan aku dia akan cakap loghat KL sebab dia tak reti loghat utara. dah la cakap pun gila punya lembut -,- sampai aku pun terikut ikut hahahaha so minggu pertama dekat kem ni cuma dipenuhi dengan kuliah2 dan aktiviti dalam kumpulan. contoh aktiviti dalam kumpulan tu macam kami kena cerita pasal diri masing2. tak kisah lah cerita tu menarik ataupun tak sedih ataupun tak teruk ataupun tak semua kena cerita hmm bila dah dengar cerita depa semua, aku rasa aku dengan Farah ja yang memang betul2 problem dari segi hubungan dengan family and perangai dekat sekolah so, baru aku sedar.. my parents hantar aku pegi kem ni maybe sebab nak perbetul balik perangai aku ni and kami jugak kena cari nama kumpulan *berdasarkan tokoh2 islam* first, we choose.. Khaula al-azwar If I'm not wrong dia ni perempuan pertama yang berjihad. dia join perang dalam keadaan bertutup litup sampai orang tak kenal dia ni sapa. dia sangat pandai pakai pedang hmm tu jelah yang aku tau pasal dia tu pun sebab kak qis yang ceritakan hihi then di sebabkan dah ada kumpulan lain yang pakai nama tu, so kami tukar nama lain kali ni kami pilih nama Asma Abu Bakar apa yang aku tau pasal nama ni, Asma ni anak kepada Saidina Abu Bakar, dia sanggup keluar waktu malam semata2 nak hantar makanan dekat ayah dia and Rasulullah, tapi untuk apa dia hantar makanan tu aku dah lupa. tapi memang ada lah sejarah dia :) hihihi :3 then, kami kena buat panji/bendera kumpulan kami kena buat trademark sorakan sendiri Hakimah : Kita satu hati!! us : kita satu hati!! hakimah : kita satu hati!! us : Kita satu hati!! Hakimah : kawan kawan? us : InshaAllah boleh! :D hahahahaha buat yang ni pun sebab dah takda idea :) tapi okay laa, kita memang satu hati pun :p kehkehkeh~ okay rasanya dah takda apa dah nak cerita pasal minggu pertama ni. so guys, lets go to the second week :) chawwww~ . . . *ketuk drum* *tiup trompet* *bersilat* . . . Minggu Kedua (Cabaran Gunung Dan Rimba) tempat : Puncak Gunung Jerai ok minggu kedua ni lah minggu yang paling banyak kenangan manis dan pahit minggu yang paling menyiksakan semua peserta minggu yang paling tidak akan dilupakan sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan, minggu kedua ini tidak akan dilupakan acewahhhh~ nak tau sebab apa? sebab dekat gunung jerai ni lah tempat tidur yang paling tak selesa tempat kat mana kita rasa macam duduk dalam peti ais tempat paling penat tempat kat mana kita tak payah mandi seminggu *I'm serious* tempat kat mana kita boleh tunjuk bakat memasak guna kayu api tempat kat mana kita boleh masak nasi dalam buluh and dalam plastik :) haaaaa ada bran? hahahaha mesti tak percaya kan? percaya lah. apa yang aku tulis ni memang kenyataan pengalaman ni cuma pernah dirasai oleh alumni KBS tak kira lah alumni dari batch ke berapa pun semua pernah lalui pengalaman dekat Gunung Jerai ni :) bila duduk dekat sana memang rasa macam nak balik. tapi nak lari balik tu memang tak mungkin akan terjadi hahahaha gila kau? kau ada dekat puncak gunung kau tau tak? kau nak lari balik macam mana? terjun gaung? haaa itulah apa yang aku pikir berkali kali dalam otak aku sepanjang duduk dekat sana sebelum naik gunung jerai tu, perghh!!!! bersemangat gilaaaa!! dengan bawak panji kumpulan, menyanyi lagu tema dengan keadaan yang sangat bersemangat terasa diriku ini seorang perwira kahkahkah sebab pakai mafla warna hijau dekat kepala :) amacam?
hahaha
aku dengan bangganya pakai tshirt sekolah aku. lulz~
ok sebelum start mendaki gunung tu
ada acara perlepasan peserta
kat situ kami kena kenalkan nama kumpulan and buat sorakan kumpulan tu
ok then baru boleh jalan.
kami ni kumpulan number 18 yang depa lepas -,-
sebab kumpulan peserta mujahid ada 10
kami kena daki gunung tu 13kilometer.
13KILOMETER okay?
like seriously?
hahahaha
yeah.
serious.
even aku dah biasa hiking,
tapi takdak lah sampai 13km woiii
mau tercabut kaki ni haa
even aku hari2 jalan kaki pergi sekolah
dah biasa jalan kaki jauh2
tapi kaki aku tetap sakit bila hiking gunung jerai ni
sebab gunung ni terlalu curam
bila dah sampai 1km.
asyik duk countdown ja lagi berapa km nak sampai
then bila duk ada dekat kilometer yang ke10 macamtu
hujan dah start turun T.T
I feel like wanna cry
sejuk wehh
dah lah dah nak dekat dah
boleh duk hujan lagi
tapi nak tau tak?
kumpulan kami ni kumpulan number 12 yang sampai atas :D
kalau di kalangan kumpulan mujahidah je kami ni kira kumpulan ke2 lah :D
hahahha
hebat kan?
kumpulan 2,3,4,5,6,7 mujahidah semua kena potong dengan kami :p
padahal depa yang jalan dulu
*bangga*
okay ifaa, jangan nak bangga sangat
nanti boleh menimbulkan sifat riak.
tak elok untuk diri :)
bila dah sampai atas pun duk hujan lagi
pasang khemah pun dalam tengah hujan
habis khemah masuk air :(
semua mandi hujan :3
ni pemandangan dari puncak gunung jerai :)
cantik kan?
waktu malam lagi cantik,
sebab boleh nampak lampu2 jalan and lampu2 rumah orang :)
hmm..
then malam tu pun hujan lagi
sampai tak boleh nak masak
then makanan pun kena order
sementara nak tunggu makanan sampai tu memang seksa gila ah
penat + sejuk gila + lapar + sakit kaki
hmm
sampai ada antara kami yang muscle cramp
aku punya sejuk sampai aku tak boleh nak rasa tangan and kaki aku sendiri
hidung pedih *mmg hidung akan jadi mcmni kalau aku sejuk*
gigi pun terketar2
mata sampai berair
hahaha
sampai huda, atikah and farah kena selimut aku then peluk aku
bagi aku rasa panas sikit
*terharu*
then makanan pun sampai
even cuma nasi kosong + sedikit kuah + sebiji telur rebus + air teh panas
sebab tu jelah makanan yang mampu siap dengan segera untuk 200peserta
memang waktu tu makan macam tak jumpa makanan setahun
nikmat gilaa dapat makan.
then time nak tidur tu memang seksa sangat ah
5orang 1khemah
nak tidur pun takboleh nak pusing2
mcm mana kau tidur malam tu
dalam keadaan tu jugaklah kau kena tahan sampai esok pagi
hahaha
pakai selimut and sweater and stokin pun tak jadi apa
dekat sana terlalu sejuk
tambah dengan duk hujan pulak kan T.T
Allah ja yang tau apa aku rasa waktu tu
then bangun esok pagi tu..
MasyaAllah, nak ambil wuduk pun tak boleh
air tu macam air yang ada ketul ais.
al maklum lah, air gunung kan :)
dah lah nak jalan pun tak boleh
sakit kaki yang teramat sangat.
tapi tahan jugak lah.
then pegi solat subuh
and kuliah subuh oleh ustaz nazmi
and lepas breakfast
kami kena pegi astaka *tempat berkumpul*
dalam keadaan berlari -,-
sapa lambat kena denda
haaaaaaaaaa
disini lah bermulanya penyiksaan yang agak kejam maybe?
kena pumping
kena ketuk ketampi
kena lari
hahaha
kalau time nak masak tu tak jaga panji
memang kena rampas ah
bile nak dapatkan panji tu balik,
kena buat macam mujahid buat ni
kalau menang baru boleh dapat balik panji tu -,-
hahaha
ok nak cerita time masak pulak :)
haa
ni lah time yang paling best dekat gunung jerai ni
masak pakai kayu api
zaman moden ni mana ada dah pakai kayu api
semua pakai dapur gas or dapur elektrik tu ja
so memang kami semua menghadapi masalah nak bagi nyala api
nasib baik lah UTK bagi tunjuk ajar :)
tapi kan,
asap api tu memang pedih mata
sampai semua keluar air mata macam menangis
macam ni ke keadaan orang dulu2 masak?
seksa gila
hahaha
ok dekat sini depa cuma sediakan
beras, minyak masak, garam, kicap, sardin, telur, ubi, bawang, sos, ikan masin.
hah! so kami kena atur semua ni untuk bekalan makanan seminggu.
bersyukur jelah apa yang ada :)
gambar mujahid masak pun ada jugak :)
haa yang ni masak pakai buluh pulak :)
then bila dah siap.
boleh lah makan :)
makan pun bukan makan dalam pinggan,
tapi kena makan dalam talam
hahahaha
dalam talam?
yes. makan dalam talam :)
then kena suap2 pulak.
alahaii so sweet lah kan.
untuk mengeratkan ukhuwah
memang cara ni buat kami semua makin mesra,
walaupun kami semua baru kenal seminggu lebih
and kami semua memang tak pernah kenal sebelum ni
even dalam laman sosial mcm Facebook, Twitter or Instagram or lain2 pun tak
tapi dah rasa macam family sendiri,
even kami takda pertalian darah.
haaa
amacam?
best tak?
hahaha
okay,
masa kami duduk dekat gunung jerai ni,
kami ada pegi Muzium Perhutanan
dekat gunung jerai jugak.
tak jauh pun.
dekat2 tempat perkhemahan kami jaa
haha
menarik tak? lol
then time dekat gunung jerai ni jugak kami ada main cara nak menyamar dalam hutan :)
bila tengok mujahidah pakai daun2 je dekat kepala
tapi bila tengok mujahid...............
hahhahahaa
serious aku gelak wehh bila tengok depa
pokok pun depa cabut
dasyat gila ah
tapi depa memang kreatif laa :)
kami ada belajar jugak cara nak selamatkan orang lemas :)
kena buat pratikal laa
and kami ada belajar pasal ikatan.
macam yang pengakap selalu ajar tu laa.
tapi cara abang chot ajar lagi style
boleh angkat orang lagi.
hahaha
then, kami kena hiking lagi sekali,
tapi kali ni hiking masuk hutan.
kena solat dalam hutan,
kena masak dalam hutan *again*
ok then tiba lah masa untuk balik :)
yahooooooooo!!!
seronok gila ah bila dah habis seminggu dekat sini :3
hahaha
sebelum balik tu kena lah kemas semua barang dulu kan.
lipat khemah, kutip sampah semua
tiba lah masa untuk balik
masa balik tu pun sama jugak
ada buat perlepasan peserta macam masa mula2 nak naik tu
hmm
by the way,
aku baru teringat satu cerita ni
masa malam keberapa ntah
kak qis ada mengamuk dekat kami satu kumpulan
sebab those yang 'cuti' tu tak datang tempat solat
depa boleh pi tidur dalam khemah
while kami yang tak 'cuti' ni kena berkumpul dekat situ
kak qis mengamuk sampai dia bukak jacket fasilitator dia tu
and dia cakap macam ni
"korang mmg tak sayang akak kan?"
"korang mmg taknak akak jadi fasi korang kan?"
"korang mmg tak suka akak, sebabtu korang tak dengar cakap akak"
"okay fine, akak bukak jacket ni. akak bukan fasi korang dah"
"korang pegi lah cari orang lain buat fasi korang"
"lagi satu, akak taknak tengok dah trademark korang yang kita satu hati tu"
"satu hati apa macamni. setengah dekat sini, yang lain sedap je tido"
"ingat! esok akak taknak tengok dah trademark tu"
sayu je aku dengar kak qis cakap macam tu
sedih kot
even bukan aku yang tidur time tu
tapi aku dapat rasa yang kak qis kecewa gila dengan kami
then
bila balik khemah,
aku, hakimah, farah, and atikah sediakan tempat tido dekat kak qis
hahaha
nak bodek hati dia balik gituu
syakiroh pulak dengan rela hati bagi kak qis tido pakai bantal busuk dia
kami bagi kak qis selimut :)
kak qis tak masuk lagi time tu
so kami tido lah dulu.
kami taktau lah apa reaction dia bila kami buat benda tu kan
tapi....
esok pagi tu dia dah okay balik :3
hahahahahahaha
then kami pun mintak maaf :)
the end.
okay time nak turun gunung tuu memang penat jugak lah
tapi yang SANGAT TAK ACInya
kami ni satu satunya kumpulan mujahidah yang turun dengan kaki
kumpulan lain semua naik kereta..
mujahid semua jalan kaki jugak lah.
kira kumpulan 8 ni senasib dengan mujahid.
then bila dah sampai bawah
kami duduk rehat kejap :)
depa ada bagi roti.
makan roti tu then bas pun sampai
bila masuk2 bas tu,
aku duduk je atas kerusi tu
terus pejam mata, memang tak sedar apa dah
hahahaha
bukan aku ja yang macam tu,
orang lain pun sama
bila buka mata je dah sampai dah dekat SMKA Az-Zubaidiyah tu :)
hatta,
berakhirlah cerita aku untuk minggu kedua :)
ok
sekarang kita sambung ke minggu ketiga pulak
jommmm~
^_^
Minggu Ketiga
tempat : SMKA Az-Zubaidiyah
okay
time minggu ketiga ni takda lah memenatkan sangat pun
kira aktiviti semua santai2 je :)
banyak riadah, kuliah and pratikal jaa
okay first kami buat pasal Sembelihan
haaaa
aktiviti ni sangat menarik
sebab aku tak pernah sembelih binatang
and aku cuma pernah tengok binatang kena sembelih time raya haji
and aku pernah tengok video israel sembelih orang palestin
*sangat menakutkan*
kami belajar sembelih ayam, burung puyuh and arnab
sembelih cara orang islam dengan kaedah yang betul
time sembelih tu memang dasyat ah
ada yang sembelih ayam tu sampai putus kepala dia
hahahaha
terpancut darah :3
time aku sembelih ayam tu
habis darah ayam tu kena stokin aku
sebab aku pakai seliper ja time pratikal sembelihan ni
hihi
bila ayam tu dah siap disembelih
ni lah hasilnya setelah dicabut bulu :3
nak tau apa kami buat dengan ayam, burung and arnab yang dah kena sembelih tu?
kami masak :D
kahkahkah
kejam tak? kejam tak? lol k
kami buat pertandingan memasak
ada kumpulan yang kena buat masak merah, masak kurma or masak kicap
kumpulan kami buat ayam masak kurma
and sekali lagi kami kena masak guna kayu api -,-
memang tak boleh ke nak bagi kami pakai dapur gas?
hahahaha
ni sesi nak bagi markah
walid dengan tuan zaidi jadi juri :)
haaaaa,
nak tau tak sapa pemenang pertandingan ni? :D
kumpulan aku?
ofcourse bukan
hahahaha
semua pemenang kumpulan mujahid yang dapat.
tempat pertama, kedua, ketiga.
semua depa yang conqure
dan perkara ini amat memalukan bagi peserta mujahidah
mujahid menang pertandingan memasak oiii
gila tak malu
hahahahahaha
okay
aktiviti seterusnya ialah Pengurusan Jenazah
kami buat pratikal dari mandi jenazah sampai laa pratikal kebumi jenazah
aktiviti ni pun menarik jugak
sebab aku tak pernah bagi mandi jenazah
tengok pun orang bagi mandi jenazah pun tak pernah
kesian aku kan?
hahaha
okay
batrisya kena berlakon jadi mayat
memang dramatik gila ah time dia nak jadi mayat tu pun
kononnya dia lari daripada kem and accident dengan kereta
depa bawak balik 'mayat' dia dengan penuh 'darah'
hahahahahhahahaha
sapa yang taktau kata dia hidup lagi mmg nangis punya teruk
sambil duk panggil2 nama tisya
hahahahahahahhahahaha
okay actually aku dah tau yang tu berlakon
sebab dari awal lagi dia duk bagitau yang dia nak jadi mayat -,-
hahahahahahahahha
peserta mujahid pun buat taktik yang sama :)
ok time nak bawak masuk liang lahad tu aku dah start kesian dekat tisya
lagi2 bila orang duk baca talkin tu dia boleh menjerit nak keluar
semua orang buat taktau je dekat dia
kesian dia
dah la panas sebab kena bungkus macamtu
hahahaha
kalau yang tu mayat betul dah lama orang lari
sebab tetiba dia menjerit nak keluar
then bila dah habis semua pratikal ni
malam tu kami pergi melawat kubur
pukul 12am-2am
gila kan?
nampak cerita ni macam tipu,
tapi ini kenyataan
memang kami kena duduk dekat kubur 2jam
sorang dapat satu kubur..
aku taktau la aku dapat kubur sapa
sebab bila depa letak ja aku dekat kubur tu,
suruh aku pegang batu nisan
memang aku tak gerak dah
hahahaha
takot punya pasal
nak pegang tempat lain tak berani dah
sebab takut tersentuh 'benda' lain
hahahaha
waktu tu memang aku baca segala doa, segala ayat2 alquran yang aku hafal
aku zikir takberhenti dah
semua takut punya pasal
hahahahaha
bila dah habis and dah balik dari kubur tu
kami kongsi pengalaman masing2
kawan aku ada yang boleh duk usap2 batu nisan
ada yang tolong cabut rumput
ada yang tidur dekat kubur tu pun ada
dasyat gila depa
hahahaha
tapi ada jugak orang yang terpilih di antara kami
dia dengar orang kena pukul, orang menjerit, bau busuk dekat kubur yg dia duduk tu,
sampai dia demam
kesian dia :/
maybe dia terkejut kot.
malam terakhir sebelum kem ni habis kami buat BBQ
kami buat drama,
kami berbaik balik dengan UTK yang selama ni jadi musuh kami
malam ni semua orang berseronok
malam ni malam makan durian
erghhhh
aku terpaksa lari jauh2 bila bau durian
aku pening kepala
hahahahahahaha
sesi perasmian malam bahtera kasih :) potong kek
hahahahahaha ni time drama
lawak gila drama ni
gambar bawah ni pulak
sesi penyerahan panji dekat semua fasilitator kumpulan
panji ni untuk akak2 dengan abang2 buat kenangan
dekat panji ni kami conteng habis
conteng number phone, ucapan and lain2
then kami lipat panji ni buat bentuk2 yang menarik
macam kumpulan aku buat bentuk love,
ada yang buat bentuk topi
and yang bestnya ,
malam ni ada penyampaian hadiah
kumpulan aku menang cabaran gunung dan rimba :D
tak sia2 lah susah payah duduk dekat sana seminggu :)
then bila dah habis majlis
balik dorm memang semua tak boleh nak tidur
sebab nak habiskan malam terakhir sama2
semua pakat duk amik no phone masing2
duk amik nama account social networks masing2
duk tukar2 barang, nak buat kenangan :')
hmmm
so dah habis 21hari dekat kem ni
aku dah start rasa sedih nak tinggal kawan2 yang dah macam family ni
lagi sedih bila aku pikir
pasal amalan baik yang aku buat dekat sini
cuma dekat sini aku akan pakai tudung labuh
dekat sini aku akan baca alquran
dekat sini aku akan berzikir setiap kali ada masa lapang
dekat sini aku akan berqasidah ramai2
dekat sini aku akan dengar ceramah
dekat sini aku dapat kawan yang bimbing aku ke jalan Allah
dekat sini aku jumpa kawan yang dorong aku nak pakai tudung
dekat sini aku jumpa kawan yang ajak aku solat
dekat sini aku jumpa kawan yang tegur aku bila aku mencarut
dekat sini pergaulan aku dengan lelaki ajnabi terbatas
dekat sini aku belajar masak
dekat sini aku dapat ketenangan yang aku tak pernah dapat dekat tempat lain
maybe sebab dekat sini aku banyak beribadah
sebab tu aku rasa tenang
aku rasa sedih sebab aku tau aku akan berpisah dengan benda ni semua
aku sedih sebab aku tau aku takmampu nak buat benda ni sorang2
aku cepat bosan dengan sesuatu benda yang aku buat
bila aku keluar dari kem ni
aku tau
aku akan hilang orang yang selalu dorong aku nak buat baik
aku mengaku,
dekat sekolah aku
takda pun orang yang ajak aku solat kalau stayback petang
takda pun orang yang tegur aku kalau aku mencarut
tapi kalau pasal lelaki ajnabi tu takda masalah
sebab aku sekolah perempuan saja.
hmm
tu je kot yang aku nak cerita pasal kem ni :)
bye, assalamualaikum ^_^
![]() |
0 Comments:
Post a Comment